Tealive Disahkan Haram?

TULAR:
132123

PALSU:

Tular di media sosial dakwaan bahawa air jenama Tealive disahkan haram oleh pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

SEBENARNYA:

Menurut Bahagian Hab Halal, JAKIM, mesej tular yang diubahsuai oleh pihak tidak bertanggungjawab tersebut adalah TIDAK BENAR. Pihaknya menegaskan bahawa premis makanan Tealive yang diusahakan oleh syarikat Loob Integrated Sdn Bhd merupakan pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) yang masih sah.

Justeru, masyarakat dinasihatkan agar lebih berwaspada sebelum menyebarkan sesuatu maklumat yang menular berkaitan isu halal yang tidak diketahui status kebenarannya dengan merujuk pihak berautoriti agar tidak terjebak ke kancah fitnah, salah faham sesama ummah dan menjejaskan keharmonian negara.

SUMBER:

Facebook Bahagian Hab Halal, JAKIM


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI