Waspada Dengan Produk Hamer Ginseng & Coffee Candy

TULAR:
4558

WASPADA:

Orang ramai dinasihatkan supaya berwaspada dengan produk Hamer Ginseng & Coffee Candy yang mengandungi racun berjadual.

Sumber gambar: Laman web KP Kesihatan

Menurut kenyataan Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia:

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengesan beberapa premis yang menjual Hamer Ginseng & Coffee Candy di sekitar Lembah Klang. Hasil analisa makmal mendapati produk tersebut mengandungi racun berjadual “Nortadalafil” dan disahkan tidak berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD). Nortadalafil adalah merupakan ubat terkawal yang digunakan untuk merawat masalah fungsi seksual lelaki (impotensi atau erectile dysfunction).

Penggunaan Nortadalafil tanpa pengawasan profesional kesihatan boleh menyebabkan kesan advers serius seperti pengurangan atau kehilangan penglihatan dan pendengaran, penurunan tekanan darah sehingga ke peringkat yang merbahaya dan kesan terhadap sistem kardiovaskular seperti strok dan serangan jantung yang boleh menyebabkan kematian.

Penjualan racun berjadual tanpa lesen yang sah boleh disiasat di bawah Seksyen 13 Akta Racun 1952 dan jika didapati bersalah boleh dihukum di bawah Seksyen 32(2) Akta yang sama iaitu denda tidak melebihi RM 3,000 atau penjara tidak melebihi 1 tahun atau kedua-duanya sekali.

SUMBER:

Laman Rasmi Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia

Facebook Rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)

Laman Rasmi Kementerian Kesihata Malaysia (KKM)


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI