Program Junior Science Camp 2019 Perlu Menjalani Ujian Pemilihan PCIS?

TULAR:
3780
Gambar hiasan. Sumber: kpm.gov.my

PENJELASAN:

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memperjelaskan dakwaan bahawa makluman berhubung pemilihan yang dibuat menerusi ujian atas talian Permata Children Intelligence Scales (PCIS) di pautan http://pcis.permatapintar.edu.my/

Sumber gambar Whatsapp
Sumber gambar: Whatsapp

Menurut kenyataan dari Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM):

Program JuniorScience Camp 2019 anjuran GENIUS@Pintar, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan NCDRC, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) telah dibuka kepada kanak-kanak Malaysia yang berumur 4 hingga 6 tahun. Pemilihan dibuat menerusi ujian atas talian PERMATA CHILDREN INTELLIGENCE SCALES (PCIS) pada 1 September sehingga 15 Oktober 2019.

Merujuk kepada mesej yang diterima melalui aplikasi Whatsapp di dalam kumpulan ‘Durian ohh Durian’ melalui kenyataan oleh ‘UPM: Dr.Kamil’ adalah tidak benar. Maklumat ini telah disalahtafsirkan sehingga menyebabkan ibu bapa dan penjaga tidak mempercayai promosi pelaksanaan Program Junior Science Camp 2019 anjuran bersama UKM dan UPSI.

Pautan pcis.upsi-ukm.edu.my tersebut adalah sahih dan pautan tersebut telah ditujukan (redirect) ke server http://pcis.permatapintar.edu.my untuk menunjukkan kerjasama antara GENIUS@Pintar, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bahagian GENIUS, Kementerian Pendidikan Malaysia dan NCRDC, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).

KPM mengesahkan bahawa tiada isu pencerobohan data kerana kesemua maklumat yang dikunci masuk oleh ibu bapa atau penjaga adalah merupakan maklumat yang diperlukan oleh pihak UKM dan UPSI untuk memilih kanak-kanak serta bagi tujuan menghubungi ibu bapa atau pihak tadika sekiranya anak- anak mereka terpilih ke program Junior Science Camp 2019.

SUMBER:

Laman Rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI