Waspada Dengan Produk Skinny Lolita Dan Xtreme Candy

TULAR:
1794

WASPADA:

Orang ramai dinasihatkan supaya berwaspada dengan dua produk yang telah dikesan mengandungi racun berjadual iaitu Skinny Lolita (dikesan mengandungi Sibutramine) dan Xtreme Candy (dikesan mengandungi Tadalafil) berdasarkan analisa makmal yang dijalankan oleh pihak Health Science Authority (HSA),  Singapura.

Sumber gambar: Laman web KP Kesihatan

Menurut kenyataan Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia:

Bagi produk Skinny Lolita, semakan mendapati produk tersebut merupakan produk yang tidak berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia. Bagi produk Xtreme Candy pula, setakat ini, tiada produk tersebut yang ditemui di pasaran di Malaysia. Bagi kedua-dua produk terbabit, tiada maklumat pengilang yang dinyatakan pada label dan bungkusan produk.

Penjualan produk tidak berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia adalah melanggar Peraturan 7(1)(a) Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984 dan mereka yang didapati bersalah boleh dikenakan hukuman denda di bawah Akta Jualan Dadah 1952, tidak melebihi RM 25,000 atau penjara tidak melebihi 3 tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan pertama dan denda tidak melebihi RM 50,000 atau penjara tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan berikutnya.

Manakala bagi makanan yang ditambah dengan bahan terlarang, penyediaan atau penjualan makanan tersebut adalah satu kesalahan di bawah Seksyen 13, Akta Makanan 1983 yang boleh dijatuhi hukuman denda tidak melebih RM100,000.00 atau penjara tidak melebihi 10 tahun atau kedua-duanya.

SUMBER:

Laman Rasmi Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia

Facebook Rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)

Laman Rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI