Waspada Dengan Produk Tradisional TYT Jiang Tang Ling Plus

TULAR:
1289

WASPADA:

Orang ramai dinasihatkan supaya berwaspada dengan produk Tradisional TYT Jiang Tang Ling Plus yang telah dikesan mengandungi racun berjadual.

Sumber gambar: Laman web KP Kesihatan

Menurut kenyataan Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia:

Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin menggesa orang awam untuk mengelak daripada membeli dan menggunakan produk tradisional berikut yang telah dikesan mengandungi racun berjadual glibenclamide.

Pendaftaran produk ini telah dibatalkan oleh Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) pada mesyuaratnya yang ke-338 pada 5 September 2019 berikutan pengesanan racun berjadual glibenclamide di dalam produk berkenaan yang tidak dibenarkan dalam formulasi produk tradisional.

Penjual dan pengedar produk ini perlu menghentikan penjualan dan pengedarannya dengan serta-merta. Penjualan dan pengedaran produk ini adalah melanggar Akta Jualan Dadah 1952 dan Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984.

Orang awam yang sedang menggunakan produk ini dinasihatkan untuk segera menghentikan penggunaannya dan mendapatkan nasihat dari profesional kesihatan jika mengalami sebarang ketidakselesaan atau kesan advers.

SUMBER:

Laman Rasmi Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia

Facebook Rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)

Laman Rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI