Produk Tidak Halal Mempunyai Logo Halal JAKIM?

TULAR:
9226

PALSU:

Tular di media sosial dakwaan kononnya terdapat produk tidak halal di dalam tin mempunyai logo halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)

Sumber gambar: Facebook

SEBENARNYA:

Dalam kenyataan oleh pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM):

Merujuk kepada gambar yang diviralkan tersebut, pihak JAKIM ingin menegaskan bahawa JAKIM TIDAK PERNAH memberikan pengesahan halal pada produk yang tidak halal.

Untuk makluman, isu yang diviralkan tersebut merupakan tular berulang yang pernah dijelaskan oleh pihak JAKIM pada 29 September 2015 dan 30 Jun 2016 lalu (https://www.facebook.com/HabHalalJakim/photos/a.744506395708636/744534099039199/?type=3&theater).

Hasil siasatan sebelum ini juga mendapati TIDAK terdapat produk tersebut di pasaran dan pihak JAKIM tidak menolak kemungkinan bahawa ianya merupakan gambar yang sengaja diedit dengan meletakkan logo halal sebagaimana isu editan logo halal pada botol minuman arak oleh pihak yang tidak bertanggungjawab sebelum ini:-
https://www.facebook.com/HabHalalJakim/photos/a.744506395708636/744556309036978/?type=3&theater

Justeru, JAKIM menyeru agar masyarakat lebih berwaspada sebelum menyebarkan sesuatu tular berkaitan isu halal yang tidak diketahui status kebenarannya dengan merujuk pihak berautoriti agar tidak terjebak ke kancah fitnah, salah faham sesama ummah dan menjejaskan keharmonian negara.

SUMBER:

Facebook Rasmi Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI