PALSU:
Hangat diperkatakan di media sosial dakwaan bahawa berikutan fenomena ekuinoks yang melanda negara terutamanya di negeri utara Semenanjung mencecah sehingga 40 darjah celsius.
SEBENARNYA:
Fenomena yang berlaku setiap tahun pada 21 Mac adalah perkara biasa dan tidak memberi kesan terhadap suhu dan cuaca ketika ini.
Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi (MetMalaysia), Alui Bahari berkata, berdasarkan rekod lampau, suhu maksimum harian boleh mencapai antara 37 hingga 38 darjah celsius sekiranya kurang dilitupi awan. Keadaan yang sama dijangka berlaku pada tahun ini terutamanya di negeri Utara Semenanjung.
Menurut beliau juga, suhu tidak akan mencecah sehingga 40 darjah celsius seperti didakwa sesetengah pihak kerana tiada fenomena El Nino, sebaliknya cuma cuaca akan panas dan kering dalam tempoh panjang.