Matlamat Asal Sekolah Berasrama Penuh Tersasar, Pengambilan Tidak Lagi Menyasarkan Golongan Miskin?

TULAR:
655

PALSU:

Hangat diperkatakan di media sosial dakwaan bahawa matlamat asal sekolah berasrama penuh telah tersasar dan pengambilan pelajar kini tidak lagi menyasarkan golongan miskin.

Sumber gambar: Facebook.

SEBENARNYA:

Menurut Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid, pelajar cemerlang dari golongan isi rumah berpendapatan rendah (B40) sentiasa diberi keutamaan untuk memasuki sekolah berasrama penuh (SBP), sekali gus menafikan dakwaan kononnnya institusi SBP di negara ini sudah tersasar daripada matlamat asal penubuhannya.

Beliau berkata, pelajar cemerlang dari golongan B40 hanya perlu memenuhi syarat-syarat kelulusan yang ditetapkan untuk membolehkan mereka meneruskan pelajaran di sekolah berasrama penuh.

“Suka saya sebut di sini bahawa sekolah berasrama penuh terbuka kepada semua pelajar termasuk pelajar miskin luar bandar, miskin bandar malah pelajar cemerlang yang datang daripada isi rumah B40 didahulukan dengan syarat kelulusan mereka memenuhi syarat sekolah tersebut.”

SUMBER:

Twitter Menteri Pendidikan

Utusan Malaysia


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI