Suhu Panas Cecah 40 Darjah Celcius Di Utara Semenanjung Ikutan Fenomena Ekuinoks?

TULAR:
927

PALSU:

Hangat diperkatakan di media sosial dakwaan bahawa berikutan fenomena ekuinoks yang melanda negara terutamanya di negeri utara Semenanjung mencecah sehingga 40 darjah celsius.

Sumber gambar: Facebook

SEBENARNYA:

Fenomena yang berlaku setiap tahun pada 21 Mac adalah perkara biasa dan tidak memberi kesan terhadap suhu dan cuaca ketika ini.

Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi (MetMalaysia), Alui Bahari berkata, berdasarkan rekod lampau, suhu maksimum harian boleh mencapai antara 37 hingga 38 darjah celsius sekiranya kurang dilitupi awan. Keadaan yang sama dijangka berlaku pada tahun ini terutamanya di negeri Utara Semenanjung.

Menurut beliau juga, suhu tidak akan mencecah sehingga 40 darjah celsius seperti didakwa sesetengah pihak kerana tiada fenomena El Nino, sebaliknya cuma cuaca akan panas dan kering dalam tempoh panjang.

SUMBER:

Harian Metro


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI