Pengunjung Ke Hutan Royal Belum Dihadkan?

TULAR:
313

PENJELASAN:

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir memperjelaskan laporan bahawa Kerajaan Negeri Perak akan menghadkan jumlah pengunjung ke Hutan Royal Belum sepertimana yang dilaporkan media.

Sumber gambar: Facebook

Menurut Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir, Kerajaan Negeri Perak akan menghad jumlah pengunjung ke Hutan Royal Belum pada satu-satu masa bagi memastikan kawasan tersebut terus menjadi khazanah berharga di negeri Perak dan juga negara.

Dr Zambry mengakui ia juga diletakkan dalam sasaran blueprint disediakan Pihak Berkuasa Pelaksana Koridor Utara (NCIA) yang mana digariskan sasaran jumlah atau bilangan pengunjung yang boleh datang ke kawasan berkenaan.

Menurutnya, kerajaan membelanjakan berjuta-juta ringgit agar kawasan itu dipelihara dan dikawal selia sebaiknya oleh jabatan berkaitan.

SUMBER :

Sinar Harian


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI