Waspada Kegiatan Doktor Gigi Palsu Di Terengganu

TULAR:
620

WASPADA:

Orang ramai terutama di Terengganu diminta berwaspada dengan kegiatan doktor gigi palsu di negeri berkenaan.

Gambar hiasan : Sumber : Pixabay

Kerajaan negeri memandang serius kegiatan doktor gigi palsu di negeri ini meskipun kes yang direkodkan masih terkawal.

Exco Kerajaan Negeri, Roslee Daud berkata, setakat ini sebanyak lima kes telah direkodkan dari tahun 2015 hingga 2018.

Menurutnya, semua kesalahan itu melibatkan pemasangan pendakap gigi palsu dan kesemua yang ditangkap itu merupakan wanita.

Menurut Roslee lagi, orang ramai masih kurang sedar bahawa mereka yang menawarkan perkhidmatan pendakap gigi palsu adalah orang tidak bertauliah.

Beliau menegaskan, “Justeru, kita menyeru kepada masyarakat agar dapatkan sebarang rawatan pergigian di klinik pergigian kerajaan ataupun swasta yang berdaftar serta dilakukan oleh pengamal pergigian yang bertauliah”.

SUMBER: 

Sinar Harian


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI