Kerajaan Malaysia Alu-Alukan Kehadiran Diplomat Israel Ke Forum WUF9 Di Kuala Lumpur?

TULAR:
402

PENJELASAN:

Timbalan Menteri Luar Negeri memperjelaskan  dakwaan bahawa Kerajaan Malaysia mengalu-alukan kehadiran diploma Israel yang dijemput oleh agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) ke Forum Bandar Sedunia ke-9 (WUF9) di Kuala Lumpur.

Sumber gambar: Facebook

Menurut Timbalan Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican, kehadiran diplomat Israel ke penganjuran WUF9 di Kuala Lumpur baru-baru ini, tidak disambut oleh mana-mana pegawai kerajaan termasuklah Pegawai daripada Kementerian Luar Negeri (MOFA), selain tiada kawalan keselamatan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) terhadap perwakilan tersebut sepanjang kehadirannya di program.

“Urusan kehadiran perwakilan itu kita serahkan kepada agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) iaitu Program Penempatan Manusia PBB (UN-Habitat). Ini kerana kita tidak mengalu-alukan perwakilan tersebut ke negara ini namun menerima kehadirannya  di atas jemputan yang dikeluarkan PBB melalui UN-Habitat,”

Kata belie lagi, Malaysia telah menandatangani perjanjian tuan rumah bagi penganjuran WUF9 yang menjadi syarat wajib bagi mana-mana persidangan PBB yang diadakan di luar kawasan ibu pejabat pertubuhan itu, yang mana penyertaan ke forum berkenaan harus terbuka kepada semua negara-negara anggota PBB serta agensi-agensi khusus yang berkenaan. “Justeru itu tak timbul kerajaan Malaysia menjalinkan hubungan secara senyap-senyap dengan Israel melalui  penganjuran WUF9.”

SUMBER:

Sinar Harian

MStar


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI