Kelibat Harimau Melintas Jalan Di Meru Raya, Ipoh?

TULAR:
2890

PALSU:

Hangat diperkatakan di media sosial dakwaaan bahawa seekor harimau telah dirakam melintas jalan di kawasan sekitar Kompleks Kementerian Dalam Negeri, Meru Raya, Ipoh, Perak.

Sumber gambar: Whatsapp.

SEBENARNYA:

Menurut Pemangku Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Perak, Wan Shaharuddin Wan Nordin, gambar seekor harimau sedang melintas jalan di Meru di sini bukan sahaja palsu, malah merupakan gambar sama yang tular kononnya kejadian di Jalan Lepar, Gambang, Pahang.

Beliau menambah, gambar yang ditularkan itu meragukan dan pemeriksaan mendapati gambar sebenarnya diambil di India.

“Gambar yang disebarkan dalam laman sosial Facebook dan Whatsapp tersebut adalah di India. Tidak benar haiwan itu berada di Ipoh seperti yang ditular itu.”

SUMBER:

Utusan Malaysia

Sinar Harian


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI