Cuepacs Pohon Had Umur Persaraan Penjawat Awam Dinaikkan Ke 62 Tahun?

TULAR:
1580

PENJELASAN:

Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) memperjelaskan dakwaan bahawa pihaknya kini sedang memohon dari kerajaan supaya menaikkan had umur persaraan penjawat awam dari 60 tahun kepada 62 tahun.

Sumber gambar: Facebook.

Presiden Cuepacs Datuk Azih Muda menegaskan, isu melanjutkan persaraan penjawat awam kepada 62 tahun adalah isu lama yang sengaja ditularkan. Menurutnya, tiada kenyataan terbaru dibuat dan ia telah dimanipulasi bagi menimbulkan kemarahan terutama golongan muda, serta ianya dilakukan oleh mereka yang tidak bertanggugjawab.

“Propaganda ini digunakan untuk menjadikan orang muda marah dan benci pada kerajaan serta Cuepacs malah ahli kami sendiri marah. Ini seolah-olah adu domba dan perbuatan yang sangat tidak bertanggungjawab. Kenyataan sedemikian dikeluarkan pada 2015 dan telah diselesaikan pada tahun 2016, melibatkan persaraan pada umur 62 tahun bagi jabatan tertentu seperti Jabatan Kehakiman dan profesional seperti pengarah dan tenaga pakar.”

SUMBER:

Kosmo


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI