PALSU :
Tular di media sosial mendakwa bahawa Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar telah mengeluarkan titah yang ditujukan kepada kerajaan untuk berhenti memperdayakan rakyat Malaysia.
SEBENARNYA :
Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menafikan kononnya Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar mengeluarkan kenyataan memburuk-burukkan kerajaan diterajui UMNO, yang tular di media sosial.
Beliau berkata, Sultan Ibrahim tidak pernah menulis atau bertitah seperti yang dinyatakan dalam kenyataan itu dan penyebarannya dilihat sebagai satu perbuatan berniat jahat.
SUMBER :
Facebook DYMM Permaisuri Johor Raja Zarith Sofiah