Cubaan Menculik Kanak-Kanak Di Presint 16, Putrajaya?

TULAR:
474

PALSU :

Tular di media sosial dakwaan bahawa kononnya terdapat cubaan menculik kanak-kanak oleh dua lelaki di Presint 16, Putrajaya.

Gambar hiasan. Sumber : utusan.com.my

SEBENARNYA :

Polis Putrajaya menafikan wujud laporan yang menjadi ‘viral’ di sebuah laman sosial komuniti kononnya berlaku kes cubaan menculik kanak-kanak oleh dua lelaki di Presint 16.

Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Rosly Hassan berkata, pihaknya telah menghantar pegawai dari Bahagian Siasatan Jenayah (CID) untuk membuat tinjauan dan siasatan secara menyeluruh di semua sekolah di Putrajaya.


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI