PENJELASAN:
Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob memperjelaskan dakwaan kononnya Sultan Pahang gering.
Menurut Datuk Seri Adnan Yaakob, Sultan Pahang lebih banyak beristirahat dan memberi peluang kepada Pemangku Raja Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah untuk memangku tugas dan menimba pengalaman.
“Tuanku (Sultan Ahmad Shah) boleh berangkat keluar walaupun bergerak atas kerusi roda dan ada masa baginda berjalan. Kita hendak betulkan cakap orang kerana sebenarnya baginda bukan tidak sihat dan bukan gering. Dari segi perubatan, ‘tanda vital’ dan sistemik tuanku adalah baik yang mana buah pingang, jantung dan paru-paru berada dalam keadaan baik, cuma tinggal lagi faktor usia menyebabkan baginda lebih suka naik kerusi roda dan lebih suka beristirahat.”
SUMBER: