Suruhanjaya Koperasi Malaysia Tawar Pinjaman Pinjaman Peribadi 1Malaysia?

TULAR:
982

PALSU :

Tular di media sosial dakwaan kononya Koperasi 1Malaysia Berhad (KOP1M), agensi di bawah Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) ada menawarkan Skim Pinjaman Peribadi 1Malaysia.

Sumber gambar: Facebook.

SEBENARNYA :

SKM menafikan KOP1M menawarkan Skim Pinjaman Peribadi 1Malaysia seperti yang dipromosikan di media sosial Facebook.

Menurut SKM, pihaknya telah menjalankan siasatan setelah menerima aduan daripada orang awam mengenai tindakan individu yang mempromosikan skim tersebut dan turut mendakwa dirinya sebagai pegawai KOP1M di Facebook.

“KOPIM tidak dibenarkan menjalankan aktiviti pembiayaan peribadi dan tidak pernah menawarkan skim pembiayaan yang dimaksudkan sama ada melalui koperasi sendiri mahu pun menerusi mana-mana individu atau ejen untuk menjalankan aktivii sedemikian.”

SUMBER :

Suruhanjaya Koperasi Malaysia

Facebook Jabatan Penerangan Malaysia

 


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI