PALSU :
Tular di media sosial dakwaan bahawa Kad Jimat Tenaga diperakui dan disokong oleh Suruhanjaya Tenaga.
Gambar hiasan. Sumber : Harian Metro
SEBENARNYA:
Suruhanjaya Tenaga (ST) menafikan memberi sokongan terhadap sebarang alat penjimatan tenaga termasuk dalam bentuk ‘Kad Jimat Tenaga’ yang didakwa mampu menjimatkan bil elektrik sehingga 35 peratus. Suruhanjaya Tenaga turut menegaskan tindakan boleh diambil terhadap mana-mana pihak yang menyalahgunakan logo suruhanjaya.