Alat Penjimat Bil Elektrik Sehingga 35%’ Diperakui Mosti Dan Sirim?

TULAR:
1301

PALSU :

Tular di media sosial dakwaan bahawa terdapat sebuah iklan berkenaan penjimatan elektrik sehingga 35%, yang diperakui oleh pelbagai agensi kerajaan seperti Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Suruhanjaya Tenaga dan SIRIM.

Sumber gambar : Twitter.

SEBENARNYA :

Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dalam satu kenyataan memaklumkan iklan ‘Jimatkan Bil Elektrik Sehingga 35%’ yang ditularkan di media sosial itu sebagai palsu.

SIRIM turut menafikan memberi sokongan terhadap iklan itu.

Dalam masa yang sama, Suruhanjaya Tenaga (ST) menafikan memberi sokongan terhadap sebarang alat penjimatan tenaga termasuk dalam bentuk ‘Kad Jimat Tenaga’ yang didakwa mampu menjimatkan bil elektrik sehingga 35 peratus.

SUMBER :

Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi

Suruhanjaya Tenaga

Sinar Harian

Berita Harian


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI