Emel Minta Butir Peribadi Daripada Polis?

TULAR:
1004
Sumber gambar : PDRM

WASPADA:

Orang ramai dinasihatkan agar berwaspada dengan e-mel yang kononnya daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang mendakwa bahawa penerima mempunyai dana di Bank POSB Singapura.

Gambar hiasan. Sumber: AntaraPos.

Pihak PDRM dalam satu kenyataan berkata, e-mel tersebut didakwa ditandatangani oleh Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohmad Salleh dan meminta orang ramai membekalkan butiran-butiran peribadi melalui e-mel bagi memudahkan pemindahan dana ke akaun bank mereka.

Tambahnya, penerima e-mel juga diminta untuk menghubungi seorang lelaki bernama ‘Encik JK Ritchie’ yang kononnya pengurus bank berkenaan untuk membekalkan butiran peribadi.

Ketua Komunikasi Korporat PDRM ACP Datin Asmawati Ahmad berkata e-mel ini adalah palsu dan Datuk Seri Mohmad Salleh mahupun PDRM tidak pernah terlibat di dalam sebarang bentuk sebaran e-mel sedemikian.

 

SUMBER :

Twitter Kementerian Dalam Negeri

Berita Harian


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI