JPM Lantik Wakil Atau Agen Untuk Projek PPA1M ?

TULAR:
480
Gambar hiasan.Sumber gambar : Floria Putrajaya

PALSU :

Tular di media sosial dakwaan kononya Jabatan Perdana Menteri (JPM) melantik wakil atau ejen  dan mengenakan bayaran dalam jumlah tertentu kepada pihak yang berminat untuk projek Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M).

Gambar hiasan.Sumber gambar : PPA1M

SEBENARNYA :

Berikutan terdapat pihak tertentu yang mendakwa menjadi wakil atau ejen dan mengenakan bayaran dalam jumlah tertentu kepada pihak yang berminat untuk projek Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia, (PPA1M), JPM menegaskan bahawa PPA1M tidak pernah melantik mana-mana pihak sebagai wakil atau ejen.
Segala urusan mengenai PPA1M hendaklah dirujuk terus kepada Unit PPA1M, Jabatan Perdana Menteri tanpa melalui mana-mana pihak.

 

SUMBER:

Laman Facebook Tan Sri Dato’ Sri Dr. Ali bin Hamsa

Sinar Harian


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI