PENJELASAN:
Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) memperjelaskan laporan bahawa syarikat insurans bakal menaikkan kadar premium insurans kenderaan.
Kerajaan tidak akan melayan mana-mana syarikat insurans yang ingin menaikkan kadar premium kenderaan tanpa mengemukakan justifikasi kenaikan kepada Bank Negara Malaysia (BNM).
Menteri Kewangan II, Datuk Seri Johari Abdul Ghani menegaskan demikian berkata, kenaikan tidak boleh dilakukan sewenang-wenangnya tanpa penilaian dan kelulusan pihak BNM.
Katanya, tiada alasan kenaikan dibuat terhadap pemilik kenderaan yang tidak merekodkan sebarang kemalangan.
SUMBER :