SEBENARNYA:
Menurut kenyataan media Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB):
MBJB telah mendapat laporan berkenaan dakwaan terdapat beberapa individu yang tidak bertanggungjawab telah membuat permohonan sumbangan berbentuk wang untuk tabung COVID-19 MBJB.
MBJB ingin menyatakan dengan jelas bahawa tabung COVID-19 MBJB adalah tidak wujud. MBJB tidak pernah memohon sebarang sumbangan kewangan daripada mana-mana pihak sama ada melalui pegawai, Ahli Majlis atau mana-mana individu untuk membuat kutipan sumbangan tersebut.
MBJB menasihatkan agar pihak-pihak yang telah dihubungi oleh individu tertentu yang menggunakan nama MBJB untuk memohon sumbangan itu segera membuat laporan kepada pihak polis.