Dakwaan 800 Pemandu Yang Dikenakan Saman RM1,000 Beratur Di Luar Balai Polis Sandakan Adalah Palsu

TULAR:
1195

SEBENARNYA:

Menurut Polis Daerah Sandakan:

Pihak polis menafikan gambar tular 800 kena saman RM1,000 berbaris di luar balai.

Menurut Ketua Polis Daerah Sandakan, Asisten Komisioner Mohd Azhar Hamin berkata orang ramai yang datang ke Balai Polis Sandakan adalah atas urusan membuat laporan polis dan urusan lain di balai itu.

Jelas beliau, “Untuk mengelakkan mereka berkumpul di dalam bangunan balai polis, pihaknya telah mengarahkan orang ramai yang berurusan berbaris di luar dengan mengambil kira kepentingan jarak sosial dalam pencegahan wabak COVID-19,” katanya.

SUMBER:

Facebook Rasmi Polis Daerah Sandakan


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI