WASPADA :
Orang ramai dinasihatkan agar berhati-hati dengan tawaran penjualan tanah lot milik kerajaan dengan harga yang murah.
Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir berkata, pihaknya mengesan perkara itu selepas mendapati terdapat orang awam yang tertipu kerana melakukan transaksi pembelian dengan pihak tidak bertanggungjawab dan kemudian memohon kelulusan pemberian hak milik ‘tanah usaha’ berkenaan untuk dipertimbang oleh kerajaan negeri.
Menurutnya, “Kerajaan negeri memandang serius perkara ini kerana masalah ini berlaku melibatkan tanah-tanah kerajaan negeri hampir di semua kawasan. Tanah-tanah ini dijual ada yang berkeluasan tiga ekar, lima ekar dan 10 ekar dan dijual pada harga RM5,000 dan RM10,000. Malahan, ada tanah dua ekar dijual pada harga serendah RM500.