Kutipan Permit Masuk Kenderaan (VEP) di Sempadan Malaysia-Thailand?

TULAR:
732

PENJELASAN :

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) memperjelaskan laporan media bahawa kutipan Caj Permit Masuk Kenderaan (VEP) bakal dilaksanakan bagi kenderaan asing ke negara ini melalui sempadan Malaysia-Thailand sepertimana yang tular di media sosial.

Sumber gambar: The Star.

Menurut Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Datuk Seri Nadzri Siron, pada masa ini, kajian teknikal oleh Kementerian Pengangkutan tentang VEP di negeri-negeri yang bersempadan dengan negara jiran itu masih dibuat.

“Selepas kajian ini selesai, kita dapat melaksanakan kutipan bayaran VEP, seperti yang sudah dilaksanakan di Johor Bahru. Buat masa ini, kita belum ada jangka masa bagi melaksananya.

“Hasil kutipan VEP yang diperoleh di Johor Bharu diberikan kepada Kerajaan Negeri. Untuk kawasan sempadan Malaysia-Thailand, kita tunggu pengumuman daripada Kementerian Pengangkutan,” katanya.

SUMBER :

Bernama

Berita Harian

Astro Awani

The Star


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI