Tanah Lot Kerajaan di Perak Dijual Murah?

TULAR:
1450

WASPADA :

Orang ramai dinasihatkan agar berhati-hati dengan tawaran penjualan tanah lot milik kerajaan dengan harga yang murah.

Sumber gambar: Perak Today.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir berkata, pihaknya me­nge­san perkara itu selepas mendapati terdapat orang awam yang tertipu kerana melakukan transaksi pembelian dengan pihak tidak bertanggungjawab dan kemudian memohon kelulusan pemberian hak milik ‘tanah usa­ha’ berkenaan untuk dipertimbang oleh kerajaan negeri.

Menurutnya, “Kerajaan negeri memandang serius perkara ini kerana masalah ini berlaku melibatkan tanah-tanah kerajaan negeri hampir di semua kawasan. Tanah-tanah ini dijual ada yang berkeluasan tiga ekar, lima ekar dan 10 ekar dan dijual pada harga RM5,000 dan RM10,000. Malahan, ada tanah dua ekar dijual pada harga serendah RM500.

SUMBER :

Utusan Malaysia

Astro Awani


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI