PENJELASAN :
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir memperjelaskan dakwaan bahawa kawasan Teluk Intan termasuk Menara Condong akan tenggelam akibat banjir besar sepertimana yang hangat diperkatakan di media sosial.
Menurut Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, tiada tanda-tanda kawasan di sekitar Teluk Intan akan berlaku banjir besar.
“Seperti yang kita lihat keadaan di sini ternyata tidak benar sama sekali. Apa yang kita lihat air surut dan mengalir ke bawah (muara) dan belum ada tanda-tanda akan berlaku banjir.”
SUMBER :