PALSU:
Tersebar luas sebuah mesej yang dikitar semula, dakwaan kononnya terdapat telur ikan beracun di perairan Malaysia.
Versi Terkini. Tular: Julai 2018
Versi Terdahulu. Tular: Februari 2018
Versi Terdahulu. Tular: Oktober 2017
SEBENARNYA:
Dakwaan yang kononnya terdapat ikan yang mengandungi telur beracun adalah tidak benar.
Ketua Pengarah Jabatan Perikanan Malaysia, Datuk Munir Mohd Nawi, berkata hasil ujian dan pemeriksaan Unit Biosekuriti Perikanan dan Institut Penyelidikan Kesihatan Ikan (NaFISH) di setiap negeri tiada penemuan ikan mengandungi telur beracun seperti didakwa.
“Unit Biosekuriti Perikanan dan NaFISH sudah mengambil sampel ikan tamban dan sardin di pasar dan jeti pendaratan ikan di seluruh negeri. Ujian mendapati tiada penemuan ikan mengandungi telur beracun seperti didakwa terdapat di perairan Sabah.”
SUMBER:
Twitter Jabatan Perikanan Malaysia