Produk Roti Massimo Mengandungi DNA Babi?

TULAR:
5223

PALSU:

Tersebar luas sebuah mesej yang dikitar semula yang mendakwa kononnya roti produk Massimo keluaran Syarikat The Italian Baker mengandungi DNA babi.

Versi Terkini. Tular: Julai 2018

Sumber gambar: Facebook

Versi Terdahulu. Tular: Januari 2017

Sumber gambar: Facebook

SEBENARNYA:

Bahagian Hab Halal JAKIM melalui kenyataan di media sosial menafikan perkara tersebut.

Produk Massimo keluaran Syarikat The Italian Baker Sdn Bhd adalah pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) dan tarikh luput SPHM tersebut masih sah sehingga kini.

SUMBER:

Bahagian Hab Halal, JAKIM


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI