PALSU:
Hangat diperkatakan di media sosial dakwaan bahawa Tengku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim akan datang ke Pasaraya Econsave Pontian dan membayar harga barang yang dibeli pengunjung di situ.
SEBENARNYA:
Ketua Polis Daerah Pontian, Suprintendan Mustafa Bakri Salleh berkata, berita tular di media sosial mengenai kehadiran Tunku Mahkota Johor ke Pasaraya Econsave Pontian adalah tidak benar, dan ia disebarkan oleh individu tidak bertanggungjawab.
“Saya nasihat masyarakat supaya tidak mudah percaya dengan berita yang diviralkan dan rujuk kepada pihak berwajib mengesahkan sesuatu berita yang telah diviralkan terlebih dahulu”.