Jabatan Pendaftaran Negara Abaikan Masyarakat Orang Asli Malaysia?

TULAR:
517
Sumber gambar : Says

PENJELASAN:

Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) memperjelaskan dakwaan bahawa hak masyarakat Orang Asli di negara di­abaikan sepertimana yang hangat diperkatakan.

Sumber gambar: Facebook

Menurut Ketua Pengarah JPN, Datuk Mohammad Razin Abdullah berkata, JPN tidak pernah mengabaikan tanggungjawab untuk menyediakan kemudahan kepada penduduk Orang Asli kerana sedar kesukaran mereka untuk ke kawasan bandar.

Program Mobile Menyemai Kasih Rakyat anjuran Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) menjadi bukti masyarakat Orang Asli di negara ini tidak di­abaikan.

Penganjuran program Mobile Me­nyemai Kasih Rakyat (Mekar) diwujudkan bagi membolehkan penduduk pribumi di kawasan pedalaman mendapatkan per­khidmatan JPN.

SUMBER:

Utusan Malaysia


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI