PENJELASAN:
Polis Diraja Malaysia (PDRM) memperjelaskan kejadian cubaan penculikan seorang kanak-kanak oleh sekumpulan penculik yang berpakaian seperti badut di Jalan PU9, Taman Puchong Utama.
Menurut Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Mohammad Azlin Sadari, kanak-kanak itu mendakwa dia dilarikan sekumpulan penculik bersama basikalnya di rumahnya di PU9, Taman Puchong Utama, kira-kira jam 9.30 malam.
“Dalam laporan awal kanak-kanak dakwa dua penculik memanjat tembok pagar dan masuk ke halaman rumahnya ketika dia sedang leka bermain basikal. Penculik tutup muka dan bawa dia keluar secara paksa bersama basikalnya menerusi pintu pagar yang tidak berkunci. Dia dikatakan dibawa masuk ke dalam van dan terdapat lima orang berpakaian seperti badut dalam kenderaan tersebut.”
Ketika berada dalam van kanak-kanak itu dakwa ditampar di bahagian muka beberapa kali dan ditanya latar belakang keluarga serta pendapatan bapanya sebelum ditinggalkan di kawasan gelap. Ketika kejadian, bapa mangsa dikatakan masih bekerja manakala ibunya berada di tingkat atas rumah dua tingkat didiami dan kehilangannya disedari selepas ke tingkat bawah dan melihat pintu pagar terbuka. Pencarian dilakukan di kawasan sekitar gagal hinggalah bapanya menerima panggilan telefon dari seorang lelaki pada jam 11.45 malam mendakwa remaja itu ditemui dalam keadaan lemah, tidak bermaya dan ditinggalkan berhampiran Sekolah Menengah Puchong Permai.”
Hasil siasatan mendapati kanak-kanak lelaki itu keluar rumah tanpa pengetahuan ibu bapanya.
“Dia main basikal dalam tempoh lama, disebabkan takut kena marah, dia reka cerita kononnya diculik. Polis beri telah amaran berhubung kejadian. Saya juga nafikan mesej ‘kes penculikan’ sama yang kini tular di media sosial.”
SUMBER: