Pembubaran Cawangan Khas PDRM?

TULAR:
1447
Sumber gambar: Twitter KDN

PENJELASAN:

Kementerian Dalam Negeri (KDN) memperjelaskan persoalan mengenai status Cawangan Khas Polis Diraja Malaysia (PDRM) di bawah Kerajaan.

Gambar hiasan. Sumber: soscili.my

Kerajaan tidak bercadang membubarkan Cawangan Khas yang menjadi sebahagian daripada jabatan dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Menurut Menteri Dalam Negeri, YB Tan Sri Muhyiddin Yassin, setakat ini tiada bukti kukuh kononnya Cawangan Khas atau jabatan lain dalam PDRM disalah guna untuk kepentingan mana-mana pihak.

“Jika ada bukti menunjukkan mana-mana pegawai atau anggota polis terbabit dalam salah guna kuasa untuk kepentingan tertentu, tindakan tegas akan diambil. PDRM adalah agensi keselamatan yang menjalankan tugas dengan profesional dan mengikut bidang kuasa diperuntukkan mengikut undang-undang. Mengambil kira kepentingan pasukan keselamatan termasuk Cawangan Khas dalam memelihara keselamatan negara, tidak timbul isu Cawangan Khas perlu dibubarkan.”

SUMBER:

Harian Metro


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI