Premis Makanan Menjual Burger P.Ramly Yang Mengandungi Babi?

TULAR:
3337
Gambar hiasan. Sumber: pexels.com

PENJELASAN:

Bahagian Hab Halal, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) memperjelaskan dakwaan yang tular kembali berkenaan premis makanan yang menjual burger pork P.Ramly.

Versi Terkini. Tular: Oktober 2018

Sumber gambar: Facebook

Versi Terdahulu. Tular: Januari 2017

Sumber gambar: Facebook

Menurut kenyataan rasmi Bahagian Hab Halal JAKIM:

Pihak Hab Halal JAKIM mula menerima pertanyaan berkenaan isu jualan Burger Pork P. Ramly oleh salah sebuah premis makanan di negara ini yang bukan merupakan pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia.

Untuk makluman, ianya merupakan tular berulang dan pernah dijelaskan oleh pihak kami pada tahun 2016 yang lalu.

bit.ly/penjelasanburgerPorkRamly

Selain itu, tindakan telah diambil oleh pihak berkuasa dan pihak premis juga telah bersetuju untuk mengubah nama produk tersebut agar tidak menimbulkan salah faham dan kekeliruan dalam kalangan pengguna Islam.

https://m.malaysiakini.com/news/360674

bit.ly/RenameIsuPorkRamly

Justeru, pengguna dinasihatkan agar menyemak terlebih dahulu isu-isu halal yang tular ke pihak berautoriti JAKIM dan JAIN dalam memperoleh penjelasan yang tepat dan terkini.

SUMBER:

Facebook Rasmi Bahagian Hab Halal, JAKIM (2018)

Facebook Rasmi Bahagian Hab Halal, JAKIM (2017)


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI