Waspada Pergerakan Taufan Rosita Yang Dijangka Mengakibatkan Angin Kencang Di Kawasan Perairan Sabah

TULAR:
862
Sumber gambar: weerwoord.be

WASPADA:

Orang ramai khususnya yang berada di kawasan perairan Sabah berwaspada dengan pergerakan Taufan Rosita yang dijangka menyebabkan angin kencang di kawasan perairan Sabah.

Gambar hiasan. Sumber: met.gov.my

Taufan Rosita kini berada kira-kira 939km ke timur laut Manila, Filipina dan sedang bergerak ke arah barat dengan kelajuan 20km sejam.

Selaras dengan itu Jabatan Meteorologi Malaysia (MMD) pada Ahad (28 Oktober 2018) mengeluarkan notis Nasihat Taufan kerana pergerakan taufan itu dijangka menyebabkan angin kencang di kawasan perairan Sabah.

Berdasarkan pencerapan 2 petang Ahad, MMD menyatakan jarak taufan itu dari bandar terdekat di negara ini adalah kira-kira 1,791 kilometer (km) ke timur laut Sandakan, Sabah.

SUMBER:

Mstar


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI