Waspada Angin Kencang Dan Laut Bergelora Di Beberapa Perairan Malaysia Yang Dijangka Bermula Pada 29 Oktober Sehingga 2 November 2018

TULAR:
998
Sumber gambar: met.gov.my

WASPADA:

Orang ramai khususnya dalam industri perkapalan dan bot-bot kecil dinasihatkan supaya berwaspada dengan angin kencang dan laut bergelora yang dijangka akan berlaku pada 29 Oktober 2018 sehingga 2 November 2018.

Sumber gambar: Facebook

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia (MMD):

SEKSYEN A: UNTUK PERKAPALAN
AMARAN ANGIN KENCANG DAN LAUT BERGELORA (KATEGORI PERTAMA)

Angin kencang Timur Laut dengan kelajuan 40-50 kmsj dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter dijangka berlaku di kawasan perairan selatan Samui, Tioman, Bunguran, Condore, Reef South, Reef North, Layang-layang, Labuan dan Palawan pada Isnin, 29 Oktober 2018 sehingga Jumaat, 2 November 2018.

Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini adalah berbahaya kepada bot-bot kecil, rekreasi laut dan sukan laut.

SEKSYEN B: UNTUK PERAIRAN MALAYSIA

AMARAN ANGIN KENCANG DAN LAUT BERGELORA (KATEGORI PERTAMA)

Angin kencang Timur Laut dengan kelajuan 40-50 kmsj dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter dijangka berlaku di kawasan perairan Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor Timur, Sarawak dan Barat Sabah pada Isnin, 29 Oktober 2018 sehingga Jumaat, 2 November 2018.

Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini berbahaya kepada semua aktiviti perkapalan dan pantai termasuk menangkap ikan dan perkhidmatan feri.

Selain daripada itu, kawasan pantai di Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor Timur dan Sarawak terdedah kepada kejadian kenaikan paras air laut yang dijangka pada Isnin, 29 Oktober 2018 sehingga Jumaat, 2 November 2018.

SUMBER:

Facebook Rasmi MMD


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI