Waspada Monsun Timur Laut Dan Hujan Lebat Yang Dijangka Bermula Pada 27 Oktober 2018 Sehingga Mac 2019

TULAR:
1413

WASPADA:

Orang ramai dinasihatkan agar berwaspada dan bersiap siaga dalam menghadapi Monsun Timur Laut atau musim tengkujuh di Malaysia yang dijangka bermula pada 27 Oktober 2018 sehingga Mac 2019, dan sentiasa peka dengan amaran hujan lebat.

Sumber gambar: met.gov.my

Menurut kenyataan rasmi Jabatan Meteorologi Malaysia (MMD):

Monsun Timur Laut atau musim tengkujuh di Malaysia dijangka bermula pada 27
Oktober 2018 sehingga Mac 2019. Dalam tempoh ini, empat hingga enam episod hujan
lebat dijangka berlaku.

Pada November dan Disember 2018, episod hujan lebat dijangka berlaku di Kelantan,
Terengganu, Pahang dan Johor. Manakala pada Disember 2018 dan Januari 2019,
episod hujan lebat dijangka lebih tertumpu di barat Sarawak serta Sabah.

Hujan lebat berterusan untuk tempoh tiga sehingga lima hari boleh mengakibatkan
kejadian banjir di kawasan-kawasan berkedudukan rendah dan kawasan kerap banjir.
Sekiranya hujan lebat berlaku serentak dengan kejadian air pasang, risiko kejadian banjir
akan menjadi lebih buruk.

Luruan monsun pertama yang membawa hujan monsun berterusan di negeri Kelantan
dan Terengganu dijangka berlaku pada 30 Oktober hingga 1 November 2018.

SUMBER:

Laman Rasmi MMD

Facebook Rasmi MMD


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI