Waspada Sindiket Yang Meminta Nombor TAC Bank

TULAR:
1650
Sumber gambar: faysalbank.com

WASPADA:

Polis menasihatkan orang ramai supaya tidak terpedaya dengan taktik terbaru sindiket yang bergiat aktif mencari dan menipu mangsa menerusi modus operandi transaksi perbankan atas talian.

Gambar hiasan. Sumber: www2.irakyat.com.my

Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Ibu Polis Kontinjen (IPK) Selangor, Asisten Komisioner Harjinder Kaur, pihaknya mengesahkan kewujudan sindiket terbabit.

Katanya, pengguna akan mendapat nombor ‘Type Allocation Code’ (TAC) dihantar menerusi sistem pesanan ringkas (SMS) sedangkan pengguna tidak membuat apa-apa transaksi sebelum itu.

Menurutnya, geng sindiket kemudian akan menghubungi mangsa sama ada menerusi SMS, mesej WhatsApp atau panggilan WhatsApp dan memberitahu kononnya tersilap daftar nombor telefon untuk akaun banknya.

“Suspek akan minta no TAC yang diterima mangsa dengan alasan untuk betulkan kembali butiran akaun banknya.

“Sindiket akan guna macam-macam alasan untuk nampak keadaan mereka terdesak selain guna nombor telefon berlainan setiap kali hubungi mangsa.”

Antara alasan diberi adalah untuk membetulkan nombor telefon yang salah daftar, membatalkan pinjaman bank datuk atau nenek mereka atau perlu keluarkan duit untuk bayar bil hospital datuk dan nenek mereka.

Polis dalam pada itu mengingatkan pengguna supaya tidak memberi nombor TAC kepada sesiapa sahaja.

“Mangsa perlu tukar kata laluan perbankan atas talian dengan segera dan hubungi pihak bank jika dapati duit dalam akaun mereka berkurangan.”

SUMBER:

Facebook Rasmi Polis Selangor


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI