PALSU:
Tular di media sosial berhubung iklan tawaran perkahwinan warga asing dengan wanita tempatan yang kononnya iklan tersebut boleh dirujuk dan ditemuduga oleh Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).
SEBENARNYA:
Menurut kenyataan rasmi Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM):
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menafikan mempunyai sebarang kaitan atau penglibatan dalam iklan dan tawaran tersebut. Iklan tersebut menyatakan warga asing yang ingin berkahwin dengan wanita tempatan perlu membayar sebanyak RM300,000 kepada wanita tersebut dan keluarganya.
JIM tidak akan berkompromi dengan sebarang penyebaran maklumat palsu atau tidak benar berkaitan Jabatan Imigresen. Pada 29 OKTOBER 2019 (Selasa), sepasukan pegawai imigresen telah hadir ke lokasi yang dikenal pasti di sekitar Bukit Bintang , Kuala Lumpur untuk bertemu dengan sabjek warga tempatan yang dipercayai menjalankan tawaran tersebut.
Sabjek pada mulanya enggan memberi kerjasama tetapi hasil perbincangan lanjut, sabjek akhirnya memberi kerjasama dan serta merta memadamkan perkataan “IMIGRESEN” dari papan iklannya yang dijadikan bahan promosi kepada orang awam yang lalu di hadapan gerainya. Papan iklannya juga turut menyatakan temuduga dan rujukan dilakukan di Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Majlis Agama Islam Negeri.
Dalam masa yang sama, pihak JAKIM turut menafikan maklumat seperti yang terkandung dalam gambar yang telah dihasilkan oleh pihak yang tidak bertanggungjwab.
Untuk makluman, urusan pernikahan bermula pemilihan calon, wang hantaran dan sebagai adalah urusan keluarga kedua mempelai. Jabatan agama hanya menyelaras dan memastikan perkara wajib berkaitan perkahwinan ditepati dan sah menurut panduan syara’.
SUMBER:
Facebook Rasmi Jabatan Imigresen Malaysia (JIM)
Facebook Rasmi Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)