PALSU:
Tular di media sosial dakwaan kononnya berlaku kejadian samun di kawasan Jalan Pulasan 20, Taman Kota Masai. Dakwaan mesej tersebut juga melampirkan 5 gambar individu yang kononnya suspek bagi kejadian samun tersebut.
SEBENARNYA:
Menurut kenyataan rasmi PDRM Seri Alam:
Semakan dan siasatan lanjut Polis Seri Alam mengesahkan bahawa perkara yang ditularkan tersebut adalah palsu dan tidak benar. Sehingga kini, gambar 5 orang individu yang dipamerkan iaitu 4 orang lelaki dan 1 orang perempuan tersebut juga disahkan tidak dikehendaki oleh Polis Seri Alam dalam apa-apa jua kesalahan jenayah yang berlaku di kawasan pentadbiran IPD Seri Alam.