PALSU:
Tular di media sosial dakwaan kononnya terdapat kelulusan membawa masuk pekerja asing Bangladesh ke Malaysia seramai 80,000 orang dalam tempoh tiga (3) hari sebelum Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).
SEBENARNYA:
Kementerian Dalam Negeri (KDN) dalam satu kenyataan berkata, berdasarkan semakan rekod KDN, hanya sejumlah 648 pekerja asing Bangladesh telah diluluskan pada 7 dan 8 Mei 2018, sekaligus menafikan dakwaan 80,000 kuota pekerja asing berkenaan.
Pengambilan pekerja asing dibenarkan dari 15 buah negara sumber dan pemilihan negara sumber pekerja asing adalah bergantung kepada keperluan majikan sendiri.
Kerajaan tetap komited untuk menyediakan peluang pekerjaan dan mengutamakan pengambilan pekerja tempatan. Walau bagaimanapun, sekiranya majikan gagal untuk mendapatkan pekerja tempatan, Kerajaan akan mempertimbangkan permohonan penggajian pekerja asing bagi sektor-sektor yang dibenarkan mengikut peraturan dan undang-undang sedia ada.
SUMBER:
Facebook Rasmi Kementerian Dalam Negeri