PALSU:
Tulat di media sosial dakwaan kononnya berlaku kes rogol terhadap wanita membabitkan suspek lelaki warga Pakistan di daerah Kota Marudu.
SEBENARNYA:
Menurut Ketua Polis Daerah Kota Marudu, Superintendan Mohd Izaan Abdullah, mengesahkan maklumat disebar itu adalah palsu dan tiada kejadian seperti itu berlaku di daerah ini.
Menurutnya lagi, gambar wanita yang ditularkan itu dipercayai adalah gambar lama dan tidak terlibat dengan sebarang kes yang direkodkan di Kota Marudu.
Pihak polis meminta orang ramai berhenti menyebarkan maklumat palsu ini dan tidak membuat spekulasi atau tindakan yang menyalahi undang-undang.