DAP Kepong Sedang Merancang Daftar Mykad Kepada PATI Warga China?

TULAR:
3065

PALSU:

Tular di media sosial sebuah video mendakwa bahawa Parti Tindakan Demokratik (DAP) sedang rancang mendaftar Mykad bagi pendatang haram warga China.

Sumber gambar: Facebook

SEBENARNYA:

Menurut Kenyataan Dari Jabatan Pendaftaran Negara (JPN):

Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) ingin menafikan video tular yang mendakwa pihak DAP Kepong sedang rancang daftar Mykad bagi pendatang haram China.

Video yang ditularkan tersebut merupakan video lama berkenaan mesej yang telah disalah tafsir ketika itu telah menyebabkan orang ramai yang tiada kerakyatan, pemegang kad pengenalan sementara dan pemegang kad pengenalan tetap berpusu-pusu hadir di pejabat Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bagi menukar status kewarganegaraan mereka.

Program anjuran pejabat parlimen DAP Kepong pada penghujung 2018 tersebut hanya melibatkan sesi penerangan dan taklimat berhubung tatacara permohonan kewarganegaraan dan kad pengenalan oleh JPN. Tiada urusan permohonan dilaksanakan pada hari tersebut dan pihak JPN telah menasihatkan mereka yang hadir untuk pergi ke Pejabat JPN berhampiran bagi urusan permohonan kewarganegaan dan kad pengenalan.

JPN meminta orang ramai segera menghentikan penyebaran video tersebutdi media sosial bagi mengelakkan sebarang kekeliruan dan menggugat ketenteraman awam.

SUMBER:

Facebook Rasmi Jabatan Pendaftaran Negara

Astro Awani

Sinar Harian


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI