Terdapat Amaran Dikeluarkan oleh Penolong Ketua Urus Setia KPN Berkenaan Kes Penjualan Organ Manusia Dan Perogol Bersiri?

TULAR:
1128
Sumber gambar : PDRM

PALSU:

Tular sebuah mesej yang dikitar semula, yang mendakwa kononnya Penolong Ketua Urus Setia KPN (Komunikasi Korporat), ACP Datin Asmawati Ahmad, telah mengeluarkan satu mesej amaran berkenaan seorang lelaki bernama Mohd Faris Farhan Bin Akhlaken Ahmad dikehendaki oleh pihak polis ekoran aktif dalam kegiatan penjualan organ manusia dan perogol bersiri di Malaysia dan sempadan Thailand.

Versi Terkini. Tular: September 2019

Sumber gambar: Whatsapp

Versi Terdahulu. Tular: Februari 2019

This image has an empty alt attribute; its file name is FireShot-Capture-183-21-organ-faris-akhlaken-–-Facebook-_-https___www.facebook.com_search_st.png
Sumber gambar: Facebook

Versi Terdahulu. Tular: Jun 2014

This image has an empty alt attribute; its file name is FireShot-Capture-185-21-ASMAWATI-organ-faris-akhlaken-–-_-https___www.facebook.com_search_st.png
Sumber gambar: Facebook

SEBENARNYA:

Menurut Kenyataan Polis Diraja Malaysia (PDRM):

PDRM ingin mengesahkan bahawa mesej tular tersebut adalah tidak benar dan ia merupakan mesej palsu yang diulang siar beberapa kali semenjak tahun 2014 lagi bagi tujuan membangkitkan kegusaran dan ketakutan tanpa asas dalam kalangan orang ramai.

PDRM tidak pernah menerima sebarang maklumat sahih atau laporan polis yang dibuat berkaitan kejadian penculikan untuk tujuan penjualan organ di negara ini.

Masyarakat dinasihatkan untuk tidak mudah percaya dengan berita-berita sensasi yang tidak berasas dan tidak ditentukan kesahihannya.

SUMBER:

Facebook Rasmi Pois Diraja Malaysia (PDRM)


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI