MyKad Warga China Mempunyai Maklumat Sama?

TULAR:
5861

PALSU:

Tular dimedia sosial kononnya terdapat MyKad warga China yang menggunakan maklumat sama.

Sumber gambar: Facebook

SEBENARNYA:

Menurut kenyataan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN):

JPN ingin menjelaskan isu yang tular di media sosial memaparkan MyKad yang didakwa dimiliki oleh individu warga China. Gambar-gambar yang ditularkan tersebut merupakan kes pemalsuan dokumen pada tahun 2015 yang telah diambil tindakan oleh pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

JPN mengesahkan bahawa semua MyKad yang ditularkan tersebut adalah PALSU dan BUKAN DIKELUARKAN oleh JPN. Kesemua maklumat seperti nombor kad pengenalan, gambar dan cap jari pada MyKad tersebut TIDAK WUJUD di dalam sistem JPN.

JPN meminta orang ramai segera menghentikan penyebaran gambar-gambar tersebut di media sosial bagi mengelakkan sebarang kekeliruan dan seterusnya menggugat ketenteraman awam. JPN ingin mengingatkan tindakan undang-undang boleh diambil bagi penyebaran maklumat yang tidak benar oleh individu yang tidak bertanggungjawab.

SUMBER:

Facebook Rasmi Jabatan Pendaftaran Negara
Twitter Rasmi Jabatan Pendaftaran Negara


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI