Terdapat Kemasukan 3 Juta Warga China Ke Dalam Negara Semasa Gangguan Sistem di KLIA?

TULAR:
8600

PALSU:

Tular di media sosial dakwaan kononnya terdapat kemasukan seramai 3 juta warga China ke dalam negara semasa gangguan sistem di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). 

Sumbe gambar: Facebook

SEBENARNYA:

Menurut kenyataan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM):

Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menafikan laporan yang tular di media sosial berkenaan dakwaan kemasukan 3 juta warga Republik Rakyat China (RRC) dan lain-lain dakwaan tentang kemasukan tidak teratur warga asing ke dalam negara semasa gangguan sistem di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) baru-baru ini.

Semasa sistem Malaysia Airport Holdings Berhad (MAHB) di KLIA mengalami ganguan, proses pemeriksaan kemasukan warga asing oleh JIM dilakukan secara manual dan semua pelawat asing perlu mematuhi semua syarat serta mengikut Standard Operating Procedure (SOP) pemeriksaan pelawat asing.

Selain itu, semua langkah keselamatan turut dipertingkatkan termasuk melakukan pemantauan berterusan oleh pasukan pemantau dan juga penguatkuasa di balai ketibaan dan perlepasan antarabangsa serta kawasan satelit.

Sistem telah mula beroperasi secara berperingkat mulai 25 Ogos 2019 dan semua proses pemeriksaan masuk pelawat asing berjalan seperti biasa.

Orang ramai dinasihatkan supaya membuat semakan terlebih dahulu tentang kesahihan sesuatu berita sebelum membuat perkongsian dan membuat ia tular.

SUMBER:

Facebook Rasmi Jabatan Imigresen Malaysia

Berita Harian

Harian Metro


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI