Waspada Tidak Menyebarkan Gambar/Video Jalur Gemilang Dinaikkan Secara Terbalik

TULAR:
3597

WASPADA:

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) menasihatkan orang ramai agar tidak menyebarkan gambar atau video dengan paparan Jalur Gemilang yang dinaikkan secara terbalik.

Sumber gambar: Facebook

Pihak MCMC mendapati bahawa terdapat penyebaran/penularan gambar atau video dengan paparan Jalur Gemilang yang dinaikkan secara terbalik.

Pemerhatian mendapati bahawa kebanyakkan gambar/video berkenaan adalah berdasarkan insiden-insiden yang berlaku (dengan tidak sengaja) dan yang telah lama tular sebelum ini.

Walau bagaimanapun, MCMC tidak menolak kemungkinan bahawa ada pihak-pihak tertentu yang mengubahsuai gambar-gambar berkenaan untuk agenda jahat mereka.

Sehubungan dengan itu, MCMC menasihatkan kepada pengguna media sosial untuk tidak menyebarkan gambar-gambar sedemikian yang boleh menyemai kebencian dan kemarahan orang awam.

Pengguna Internet juga digesa untuk mempertingkat kawalan kendiri ketika mengakses Internet dan tidak menggunakan platform berkenaan untuk menyebarkan kandungan-kandungan palsu, jelik, dan menghina yang boleh mengundang kemarahan serta menjejaskan ketenteraman awam.


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI