SEBENARNYA:
Menurut pihak Tesco, berita tersebut adalah palsu dan tidak benar.
Pihak Tesco menyatakan bahawa kesemua 60 cawangan Tesco beroperasi seperti biasa dan tiada laporan berkaitan jangkitan Covid-19 terhadap kakitangan mahupun pelanggan mereka.
Pihak Tesco juga menyatakan bahawa mereka sentiasa melakukan pembersihan terhadap kedai-kedai serta disinfeksi pada troli dan peralatan untuk memastikan keselamatan para pelanggan dan kakitangan Tesco